Panduan asas menghafaz ayat ruqyah
0 ulasan
Salah seorang hamba Allah mengirimkan email kepada ana bahawa beliau minat menjadi perawat islam namun beliau mempunyai masalah iaitu tidak mampu hafal ayat ruqyah yang panjang lebar. Di sini, ana mendapat ilham untuk menyelesaikan masalah di antara mereka ini yang berkemampuan merawat tetapi tidak berkemampuan menghafaz ayat ruqyah. Kebanyakan mereka memahami tajwid dan menghafaz separuh juzuk 30. Di sini ana ingin nyatakan, tiada halangan untuk belajar al-quran. Ana kecewa kerana ada sesetengah pihak mendakwa (berdasarkan email), kaedah membaca ruqyah mestilah diijazahkan dari pengamal ilmu perubatan sahaja.
Sebagai dorongan, ana cuba naikkan semangat mereka semula, insya Allah.. Ar-Rahman tidak akan membiarkan mereka yang ketinggalan ini terus jauh di belakang.
Tips dan kaedahnya ialah dengan cara mengulang-ulang bacaan pada ayat sehingga lancar. Bermula dari ayat pertama sehingga ayat seterusnya. Sebagai contoh, sila lihat Surah Al-Baqarah ( ayat 254-257 ) atau lihat sahaja gambar dibawah
Untuk permulaannya, baca ayat ini dengan betul dan lancar. Kemudian baca lagi sekali ayat ini dengan menyemak betul-betul baris, huruf dan hukum tajwid yang terkandung di dalamnya. Seterusnya potong satu ayat menjadi beberapa bahagian. Dalam gambar diatas, dibahagikan kepada 3 bahagian. Bahagian pertama dikelilingi kotak berwarna merah. Bahagian kedua pula dikelilingi kotak berwarna biru dan bahagian ketiga dikelilingi kotak berwarna hijau.
Panduan asas menghafaz ayat ruqyah :
a) Baca ayat dalam kotak berwarna merah sebanyak 10 kali (lihat mushaf).
b) Cuba hafazkan ayat tadi dengan cara menutup mushaf. Jika tidak hafaz, ulang (a) sehingga hafaz.
c) Ulang bacaan ayat yang telah dihafaz tersebut sehingga 10 kali.
d) Sekiranya sudah hafaz dan lancar baru berpindah ayat.
e) Baca ayat dalam kotak berwarna biru sebanyak 10 kali (lihat mushaf).
f) Cuba hafazkan ayat tadi dengan cara menutup mushaf. Jika tidak hafaz, ulang (e) sehingga hafaz.
g) Ulang bacaan ayat yang telah dihafaz (a dan e) tersebut sehingga 10 kali.
h) Sekiranya sudah hafaz, ulang pula bacaan ayat yang telah dihafaz sebanyak 10 kali bermula dari ayat dalam kotak berwarna merah.
i) Baca ayat dalam kotak berwarna hijau sebanyak 10 kali (lihat mushaf).
j) Cuba hafazkan ayat tadi dengan cara menutup mushaf. Jika tidak hafaz, baca lagi (i) sehingga hafaz.
k) Ulang bacaan ayat yang telah dihafaz tersebut sehingga 10 kali.
l) Sekiranya sudah hafaz, ulang bacaan ayat yang telah dihafaz sebanyak 10 kali bermula dari ayat dalam kotak berwarna merah sehingga tamat 1 ayat.
Di dalam kaedah asas ini, dicadangkan agar mengulang setiap ayat sebanyak 10 kali sahaja (minimum) dan tidak salah kalau mahu ulang 60 kali sekalipun. Sekiranya mahu mengulangnya dengan bilangan yang lebih banyak adalah dialu-alukan. Semakin banyak diulang, semakin mantaplah hafazan.
Pantang Larang Dalam Menghafaz Al-Quran
Secara amnya tiada pantang larang tertentu dan khusus apabila menghafaz al-Quran. Berpeganglah kepada 2 prinsip :
“Pantanglah sebanyak mana sekalipun tetapi jika malas untuk murajaah al-Quran, Confirm lupa..!!”
“Sesungguhnya Kami-lah yang menurunkan Al Quran, dan Sesungguhnya kami benar-benar memeliharanya” Surah al-Hijr, ayat 9
Namun demikian, secara peribadi ana hanya mengikut beberapa pesanan dari tuan guru :
Pantang Pemakanan
a) Jangan makan atau minum makanan yang mengandungi semut.
b) Jangan makan benda-benda masam.
Pantang Amalan
a) Jauhi dari melakukan maksiat.
b) Jangan membaca tulisan di batu nisan dan melihat salib/bintang yahudi.
c) Jangan membaca dan menghafaz al-Quran ketika mengantuk. Tidur seketika walaupun 5 minit kemudian sambung semula.
Bantuan Menghafaz
a) Apa-apa pekerjaan atau perbuatan yang kita lakukan pasti mempunyai trick dan tips yang dapat membantunya. Begitu juga dengan aktiviti menghafaz al-Quran. Antaranya bantuan dari guru agama berhampiran atau imam masjid.
Bantuan Aktiviti
a) Menghafaz dan murajaah menggunakan audio al-Quran (CD, mp3 player dan sebagainya). Cuba ikut dan baca ayat yang diperdengarkan oleh Qari tersebut. (Kaedah Kuasai Pelbagai Taranum)
b) Murajaah al-Quran bersama rakan. Rakan akan menyemak bacaan anda.
c) Murajaah mengikut halaqah (study group). Membaca secara bersambung-sambung seperti tadarus al-Quran tetapi tanpa melihat mushaf.
d) Menulis kembali ayat yang telah berdasarkan hafazan iaitu tanpa melihat mushaf apabila sudah kuasa sepenuhnya.
Bantuan Amalan
a) Banyak melakukan amalan solat sunat terutama solat sunat Taqwiyatul Hifzi.
b) Sentiasa dalam keadaan berwudhu’.
c) Meminta sokongan doa dari kedua ibu bapa.
d) Membaca doa sebelum dan selepas menghafaz :
Bantuan Pemakanan
a) Kismis.
b) Madu lebah.
c) Makanan sunnah
-Akhir sekali, jangan lupa hafal maksudnya sekali agar keyakinan diri dapat dipertingkatkan, insya allah.
-Lebih manis jika gunakan teknik ini untuk jadi seorang yang hafiz al-quran
ASAS AYAT-AYAT RUQYAH
0 ulasan
ASAS AYAT-AYAT RUQYAH / JAMPI
1.Surah Al-Fatihah ( ayat 1-7 )
2.Surah Al-Baqarah ( ayat 1-5 )
3.Surah Al-Baqarah ( ayat 102 ) di ulangi sebanyak 7 kali.
4.Surah Al-Baqarah ( ayat 163-164 )
5.Surah Al-Baqarah ( ayat 255 )
6.Surah Al-Baqarah ( ayat 285-286 )
7.Surah Al-'Imran ( ayat 18-19 )
8.Surah Al-A'raf ( ayat 54-56 )
9.Surah Al-A'raf ( ayat 117-122 ) di ulangi sebanyak 7 kali.
10.Surah Al-A'raf ( ayat 120 ) di ulangi sebanyak 30 kali secara bersendirian
11.Surah Yunus ( ayat 81-82 ) di ulangi sebanyak 7 kali
12.Kemudian baca ayat ini:-
إِنَّ اللّهَ سَيُبْطِلُهُ
Sesungguhnya Allah akan menampakkan ketidakbenarannya
13. Surah Thaha ( ayat 69 ) di ulangi sebanyak 7 kali
14. Surah Al-Mukminin ( ayat 115-118 )
15. Surah As-Shaffat ( ayat 1-10 )
16. Surah Al-Ahqaf ( ayat 29-32 )
17. Kemudian baca ayat ini sebanyak 7 kali:-
يَا قَوْمَنَا أَجِيبُوا دَاعِيَ اللَّهِ
18. Surah Ar-Rahman ( ayat 33-36 )
19. Surah Al-Hasyr ( ayat 21-24 )
20. Surah Al-Jin ( ayat 1-9 )
21. Surah A1-Ikhlas ( ayat 1-4 )
22. Surah Al-Falaq ( ayat 1-5 ) di ulangi sebanyak 9 kali
23. Surah An-Nas ( ayat 1-6 )
Rukyah Klinik Mu'allij Online (klik play button warna hijau) :
Klinik Muallij - Ayat-ayat Ruqyah dari Klinik Muallij bacaan Saud Al-Shuraim
Found at bee mp3 search engine
Anda ingin mendengarkan/muat turun ayat-ayat ruqyah yang diubahsuai oleh Klinik Muallij yang dibacakan oleh Saud Al Shuraim bacaan selama 30 minit klik disini
JIKA ERROR SOUND
Jika ada masalah, install software QUICK TIME PLAYER atau ADOBE FLASH ke komputer anda.
Ruqyah Syariah
0 ulasan
Download di sini http://www.ziddu.com/downloadlink/9928849/Ruqyahayatahzabdanayatsyifa.pdf
Atau print terus dari scribd
Ruqyah, Ayat Ahzab Dan Ayat Syifa
MEMULAKAN PROSES RAWATAN RUQYAH
Letakkan tangan kanan anda di atas kepala pesakit dan bacalah ayat-ayat Ruqyah pada telinga pesakit.
Aku berlindung dengan Allah yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui dari bisikan syaitan tang terkutuk.
1.) Al-Fatehah ( Surah 1 : Ayat 1-7 )
Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang (1). Segala puji bagi Allah Tuhan semesta alam (2). Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang (3). Yang menguasai hari pembalasan (4). Hanya kepada Engkaulah kami menyembah dan hanya kepada Engkaulah kami meminta pertolonganMu (5). Tunjukilah kami jalan yang lurus (6). Iaitu jalan orang-orang yang telah Engkau anugerahkan nikmat kepada mereka bukan ( pula jalan ) mereka yang sesat (7).
Diriwayatkan oleh Abu Sa’id ibn al-Mu’lla r.a.: “Sukakah kamu jika aku ajarkan sebuah Surah yang belum pernah diturun dahulunya, baik dalam Injil mahupun Zabur dan Taurat? Ia adalah Al-Fatihah.
Surah 15 Al-Hijr : Ayat 87: “Dan sesungguhnya Kami telah memberi kepadamu (wahai Muhammad) tujuh ayat yang diulang-ulang bacaannya dan seluruh Al-Quran yang amat besar kemuliaan dan faedahnya.”
2.) Al-Baqarah ( Surah 2 : Ayat 1-5 )
Alif Lam Mim (1).
Kitab Al-Qur'an ini, tidak ada sebarang syak padanya (tentang datangnya daripada Allah dan tentang sempurnanya), ia pula menjadi petunjuk bagi orang yang (hendak) bertakwa (2).
Iaitu orang yang beriman kepada perkara-perkara yang ghaib, dan mendirikan ( mengerjakan ) sembahyang serta membelanjakan (mendermakan) sebahagian daripada rezeki yang Kami berikan kepada mereka (3).
Dan orang beriman kepada Kitab "Al-Qur'an" yang diturunkan kepadamu (Wahai Muhammad), dan kitab-kitab yang telah diturunkan dahulu, serta mereka yakin akan (adanya) hari akhirat (dengan sepenuhnya) (4).
Mereka itulah yang tetap mendapat petunjuk dari Tuhan mereka dan merekalah orang-orang yang berjaya.
Janganlah kamu jadikan rumah kamu menjadi tempat-tempat yang kosong dari ibadat dan zikir.Sesungguhnya syaitan melarikan diri dari rumah yang dibaca di dalamnya surah Al-Baqarah.( Hadis riwayat Abi Ubaid )
3.) Al-Baqarah ( Surah 2 : Ayat 102 )
Dan mereka mengikuti apa yang dibaca oleh syaitan-syaitan pada masa kerajaan Sulaiman (dan mereka
mengatakan bahawa Sulaiman itu mengerjakan sihir), padahal Sulaiman tidak kafir (tidak mengerjakan sihir),
hanya syaitan-syaitan itulah yang kafir (mengerjakan sihir). Mereka mengajarkan sihir kepada manusia dan
apa yang diturunkan kepada dua malaikat di negeri Babil iaitu Harut dan Marut, sedangkan keduanya tidak mengerjakan (sesuatu) kepada seorangpun sebelum mengatakan : "Sesungguhnya kami hanya cubaan (bagimu),
sebab itu janganlah kamu kafir."
Maka mereka mempelajari dari kedua malaikat itu apa yang dengan sihir itu mereka dapat menceraikan antara seorang (suami) dengan isterinya. Dan mereka itu (ahli sihir) tidak memberi mudharat dengan sihirnya kepada seorangpun kecuali dengan izin Allah. Dan mereka mempelajari sesuatu yang memberi mudharat kepadanya dan tidak memberi manfaat. Demi sesungguhnya mereka telah meyakini bahawa barangsiapa yang menukarkannya (kitab Allah) dengan sihir itu, tiadalah baginya keuntungan di akhirat dan amat jahatlah perbuatan mereka menjual dirinya dengan sihir, lalu mereka mengetahui (102).
4.) Al-Baqarah ( Surah 2 : Ayat 163-164 )
Dan Tuhanmu adalah Tuhan Yang Maha Esa; tidak ada Tuhan yang berhak disembah melainkan dia, Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang (163).
Sesungguhnya dalam penciptaan langit dan bumi, silih bergantinya malam dan siang, bahtera yang belayar di laut membawa apa yang berguna bagi manusia, dan apa yang Allah turunkan dari langit berupa air, lalu dengan air itu Dia hidupkan bumi sesudah mati (kering)-nya dan Dia sebarkan di bumi itu segala jenis haiwan, dan perkisaran angin dan awan yang dikendalikan antara langit dan bumi; sungguh (terdapat) tanda-tanda (keEsaan dan Kebesaran Allah) bagi kaum yang mahu berfikir (164).
5.) Al-Baqarah ( Surah 2 : Ayat 255 )
Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Allah, tidak ada tuhan (Yang berhak disembah) melainkan Dia Yang hidup kekal lagi terus menerus mengurus (makhluk-Nya); tidak mengantuk dan tidak tidur. Kepunyaan-Nya apa yang di langit dan di bumi. Tiada yang dapat memberi syafaat di sisi Allah tanpa izin-Nya. Allah mengetahui apa-apa yang dihadapan mereka dan di belakang mereka, dan mereka tidak mengetahui apa-apa dari ilmu Allah melainkan apa yang dikehendaki-Nya. Kursi Allah meliputi langit dan bumi. Dan Allah tidak merasa berat memelihara keduanya, dan Allah Maha Tinggi lagi Maha Besar (255).
Ayatul Kursi ini mengandungi khasiat yang besar. Terdapat 99 buah hadits yang menerangkan fadhilahnya. Di antaranya ialah untuk menolak syaitan, benteng pertahanan, melapangkan fikiran dan menambahkan iman.
Ubay bin Ka’ab meriwayatkan bahwa Nabi Muhammad S.A.W ditanya: Ayat apa yang paling agung di dalam Kitabullah? Nabi menjawab: Allah dan Rasulnya Maha Tahu. Beliau mengulang-ulang perkataan tersebut beberapa kali, kemudian Nabi berkata: Ayat Kursi. ( H.R Imam Ahmad )
6.) Al-Baqarah ( Surah 2 : Ayat 285-286 )
Rasul telah beriman kepada Al-Qur'an yang diturunkan kepadanya dari Tuhan-nya. Demikian pula orang-orang yang beriman. Semuanya beriman kepada Allah, malaikat-malaikat-Nya, kitab-kitab-Nya dan rasul-rasul-Nya.
(Mereka mengatakan); "Kami tidak membeza-bezakan antara seseorangpun (dengan yang lain) dari rasul-rasul-Nya," dan mereka mengatakan: "Kami dengar dan kami taat." (Mereka berdo'a): "Ampunilah kami, ya Tuhan kami, dan kepada Engkaulah tempat kembali" (285).
Diriwayatkan daripada Abu Mas'ud al-Badri r.a katanya: Rasulullah s.a.w pernah bersabda: Dua ayat terakhir dari surah al-Baqarah, memadai kepada seseorang yang membacanya pada malam hari sebagai pelindung dirinya.
Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya. Ia mendapat pahala
(dari kebajikan) yang diusahakannya, dan ia mendapat seksa (dari kejahatan) yang dikejarkannya.
(Mereka berdo'a): "Ya Tuhan kami, janganlah Engkau hukum kami jika kami lupa atau kami bersalah. Ya Tuhan kami, janganlah Engkau bebankan kepada kami beban yang berat sebagaimana Engkau bebankan kepada orang-orang yang sebelum kami. Ya Tuhan kami, janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang kami tak sanggup memikulnya. Beri maaflah kami; ampunilah kami; dan rahmatilah kami. Engkaulah Penolong kami, maka tolongilah kami menghadapi kaum yang kafir" (286).
Dari Muslim, diriwayatkan daripada Abdullah ibn Abbas r.a.: Apabila Jibril sedang duduk dengan Rasulullah s.a.w., dia mendengar bunyi pintu di atasnya. Dia mengangkat kepalanya lalu berkata: “Ini ialah bunyi sebuah pintu di syurga yang tidak pernah dibuka.” Lalu satu malaikat pun turun, dan Jibril berkata lagi, “Ia malaikat yang tidak pernah turun ke bumi” Malaikat itu memberi salam lalu berkata, “Bersyukurlah atas dua cahaya yang diberi kepadamu yang tidak pernah diberi kepada rasul-rasul sebelummu-“Fatihat al-Kitab dan ayat penghabisan Surah al-Baqarah”. Kamu akan mendapat manfaat setiap kali kamu membacanya.
7.) Al-Imran ( Surah 3 : Ayat 18-19 )
Allah menyatakan bahawasanya tidak ada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia. Yang menegakkan keadilan. Para Malaikat dan orang-orang yang berilmu (juga menyatakan yang demikian itu). Tak ada Tuhan yang berhak disembah melainkan Dia. Yang Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana(18).
Sesungguhnya agama (yang diredhai) di sisi Allah hanyalah Islam. Tiada berselisih orang-orang yang telah diberi Al-Kitab, kecuali sesudah datang pengetahuan kepada mereka, kerana kedengkian yang ada di antara mereka. Barangsiapa yang kafir terhadap ayat-ayat Allah maka sesungguhnya Allah sangat cepat hisab-Nya (19).
8.) Al-A'Araf ( Surah 7 : Ayat 54-56 )
Sesungguhnya Tuhan kami ialah Allah yang telah menciptakan langit dan bumi dalam enam masa, lalu Dia bersemayam di atas 'Arasy. Dia menutupkan malam kepada siang yang mengikutinya dengan cepat, dan (diciptakan-Nya pula) matahari, bulan dan bintang-bintang (masing-masing) tunduk kepada perintah-Nya. Ingatlah, menciptakan dan memerintah hanyalah hak Allah. Maha Suci Allah, Tuhan semesta alam (54).
Berdoalah kepada Tuhanmu dengan merendah diri dan suara yang lembut. Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang yang melampaui batas (55).
Dan janganlah kamu membuat kerosakan di muka bumi, sesudah (Allah) memperbaikinya dan berdoalah kepada-Nya dengan rasa takut (tidak akan diterima) dan harapan (akan dikabulkan). Sesungguhnya rahmat Allah amat dekat kepada orang-orang yang berbuat baik (56).
9.) Al-A'Araf ( Surah 7 : Ayat 117-122 )
.117
.118
.119
.120
.121
.122
Dan kami wahyukan kepada Musa: "Lemparkanlah tongkatmu!" Maka secara tiba-tiba tongkat itu menelan apa yang mereka pura-pura adakan (117). Kerana itu nyatalah yang benar dan batallah yang selalu mereka kerjakan (118). Maka mereka kalah ditempat itu dan jadilah mereka orang-orang hina (119). Dan ahli-ahli sihir itu secara serta-merta bersujud (120). Mereka berkata: "Kami beriman kepada Tuhan semesta alam (121). Iaitu Tuhan Nabi Musa dan Nabi Harun (122).
10.) Yunus ( Surah 10 : Ayat 81-82 )
.81
.82
Musa berkata: "Apa yang kamu lakukan itu, itulah yang sihir, sesungguhnya Allah akan menampakkan ketidak benarannya." Sesungguhnya Allah tidak akan membiarkan terus berlansung pekerjaan orang-orang yang membuat kerosakan (81). Dan Allah akan mengukuhkan yang benar dengan ketetapan-Nya, walaupun orang-orang yang berbuat dosa tidak menyukainya (82).
10a)
إِنَّ اللّهَ سَيُبْطِلُهُ
Sesungguhnya Allah akan menampakkan ketidakbenarannya
11.) Thoha ( Surah 20 : Ayat 69 )
Sesungguhnya apa yang mereka perbuat itu adalah tipu daya tukang sihir (belaka). Dan tidak akan menang tukang sihir itu, dari mana saja ia datang (69).
Dari Laits ( Putra Nabi Sulaiman ) berkata : Telah sampai kepadaku berita bahwa ayat-ayat ini ( dua ayat dari
Surah 10 : Yunus, Ayat 81~82 & Surah 20 : Thoha, Ayat 69 ) adalah ubat bagi pengaruh sihir.
12.) Al-Mukminun ( Surah 23 : Ayat 115-118 )
.115
.116
.117
.118
Maka apakah kamu mengira bahawa sesungguhnya Kami menciptakan kamu secara main-main (saja), dan bahawa kamu tidak dikembalikan kepada Kami (115)? Maka Maha Tinggi Allah, Raja Yang Sebenarnya; tidak ada Tuhan (yang berhak disembah) selain Dia, Tuhan (Yang mempunyai) 'Arasy yang mulia ( 116).
Dan barangsiapa menyembah Tuhan yang lain di samping Allah, padahal tidak ada suatu dalilpun baginya tentang itu, maka sesungguhnya perhitungannya di sisi Tuhannya. Sesungguhnya orang-orang yang kafir itu tidak beruntung (117). Dan katakalah: "Ya Tuhanku Berilah ampun dan berilah rahmat dan Engkau adalah Pemberi rahmat Yang Paling baik (118).
Abdullah bin Mas’ud lewat dihadapan seseorang yang sedang sakit, lalu dia membacakan di telinganya ayat ini (Surah 23:al-Mukminun ayat 115 ~ 118). Lalu ( dengan izin Allah ) dia sembuh. Kemudian Ibnu Mas’ud menceritakan hal tersebut kepada Rasulullah S.A.W. Rasulullah berkata: “Ayat apa yang kamu baca di telinganya?” Lalu dia memberitahukannya. Rasulullah berkata: “Demi Jiwaku yang ada pada genggamanNya, kalaulah seseorang yakin dengan membacanya (gunung boleh menghilang) pasti gunung tersebut akan menghilang”.
13.) As-Shaffat ( Surah 37 : Ayat 1-10 )
.1
.2
.3
.4
.5
.6
.7
.8
.9
.10
Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang.
Demi (rombongan) yang bersaf-saf dengan sebenar-benarnya (1).
Dan demi (rombongan) yang melarang dengan sebenar-benarnya (dari perbuatan-perbuatan maksiat) (2).
Dan demi (rombongan) yang membacakan pelajaran. Sesungguhnya Tuhanmu benar-benar Esa (6).
Tuhan langit dan bumi, dan apa yang berada di antara keduanya dan Tuhan tempat-tempat terbit matahari (5).
Sesungguhnya Kami telah menghias langit yang terdekat dengan hiasan, iaitu bintang-bintang (6).
Dan telah memeliharanya (sebenar-benarnya) dari setiap syaitan yang sangat derhaka (7).
Syaitan-syaitan itu tidak dapat mendengar-dengarkan (perkataan) para malaikat dan mereka dilemparkan dari segala penjuru (8).
Untuk menghalau mereka dan bagi mereka seksaan yang kekal (9).
Akan tetapi barangsiapa (diantara mereka) yang mencuri-curi (pembicaraan), maka dia dikejar oleh suluh api yang cemerlang (10).
14.) Al-Ahqaf ( Surah 46 : Ayat 29-32 )
.29
.30
.31
.32
Dan (ingatlah) ketika Kami hadapkan serombongan jin kepadamu yang mendengarkan Al-Qur'an, maka ketika mereka menghadiri pembacaan(nya) lalu mereka berkata: "Diamlah kamu (untuk mendengarkannya)". Ketika pembacaan telah selesai mereka kembali kepada kaumnya (untuk) memberi peringatan (29).
Mereka berkata: "Hai kaum kami, sesungguhnya kami telah mendengarkan kitab (Al-Qur'an) yang telah diturunkan sesudah musa yang membakarkan kitab-kitab yang sebelumnya lagi memimpin kepada kebenaran dan kepada jalan yang lurus (30).
Hai kaum kami, terimalah (seruan) orang yang menyeru kepada Allah dan berimanlah kepada-Nya, nescaya Allah akan mengampuni dosa-dosa kamu dan melepaskan kamu dari azab yang pedih (31).
Dan orang yang tidak menerima (seruan) orang yang menyeru kepada Allah maka dia tidak akan melepaskan diri dari azab Allah dimuka bumi dan tidak ada baginya pelindung selain Allah. Mereka itu dalam kesesatan yang nyata (32).
14a). Kemudian baca ayat ini sebanyak 7 kali:-
يَا قَوْمَنَا أَجِيبُوا دَاعِيَ اللَّهِ
15.) Ar-Rahman ( Surah 55 : Ayat 33-36 )
.33
.34
.35
.36
Hai jemaah jin dan manusia, jika kamu sanggup menembus (melintasi) penjuru langit dan bumi, maka lintasilah, kamu tidak akan dapat menembusinya melainkan dengan kekuatan (33). Maka nikmat Tuhan kamu yang manakah yang kamu dustakan? (34) Kepada kamu, (jin dan manusia) dilepaskan nyalaan api dan cairan tembaga maka kamu tidak akan dapat menyelamatkan diri (daripadanya) (35). Maka nikmat Tuhan kamu yang manakah yang kamu dustakan?" (36)
16.) Al-Hasyr ( Surah 59 : Ayat 21-24 )
.21
.22
.23
.24
Kalau sekiranya kami menurunkan Al-Qur'an ini kepada sebuah gunung, pasti kamu akan melihatnya tunduk terpecah-belah disebabkan takut kepada Allah. Dan perumpamaan-perumpamaan itu Kami buat untuk manusia supaya mereka berfikir (21).
Dialah Allah, tiada Tuhan (yang berhak disembah) selain Dia. Yang mengetahui yang ghaib dan yang nyata. Dialah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang (22).
Dialah Allah, tiada Tuhan (yang berhak disembah) selain Dia. Raja Yang Maha Suci, Yang Maha Sejahtera, Yang mengurniakan keamanan, Yang Maha Memelihara, Yang Maha Perkasa, Yang Maha Kuasa, Yang memiliki segala keagungan, Maha Suci Allah dari apa yang mereka sekutukan (23).
Dialah Allah, Yang menciptakan, Yang mengadakan, Yang membentuk rupa, Yang mempunyai nama-nama yang paling baik. Bertasbih kepada-Nya apa yang ada di langit dan di bumi. Dan dialah, Yang Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana (24).
Nabi S.A.W bersabda: “Barangsiapa yang membaca: “A’udzubil Allahis Samiil ‘Alim Minasy Syaithanir Rajim” tiga kali, kemudian (dilanjutkan dengan) membaca tiga ayat terakhir dari Surah Al-Hasyr di pagi hari. Allah mewakilkan baginya 70.000 malaikat yang terus menerus mendo’akan dia sampai petang. Dan jika dia meninggal pada hari itu, matinya dianggap mati syahid. Dan barangsiapa membacanya di petang hari, maka baginya kedudukan seperti itu (seperti keutamaan orang yang membaca di pagi hari).” (H.R. Ahmad)
17.) Al-Jin ( Surah 72 : Ayat 1-9 )
.1
.2
.3
.4
.5
.6
.7
.8
.9
Dengan Nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.
Katakanlah (Wahai Muhammad): "Telah diwahyukan kepadamu bahawasanya sekumpulan jin telah mendengarkan (Al-Qur'an), lalu mereka bertanya: "Sesungguhnya kami telah mendengarkan Al-Qur'an yang menakjubkan (1).
Kitab yang memberi petunjuk kepada jalan yang benar, lalu kami beriman kepadanya (2).
Dan kami sekali-kali tidak akan mempersekutukan seorangpun dengan Tuhan Kami, dan bahawasanya Maha Tinggi kebesaran Tuhan kami, Dia tidak beristeri dan tidak (pula) beranak." (4)
Dan bahawasanya: orang yang kurang akal daripada kami dahulu selalu mengatakan (perkataan) yang melampaui batas terhadap Allah (5).
Dan bahawasanya ada beberapa orang laki-laki di antara manusia meminta perlindungan kepada beberapa laki-laki diantara jin, maka jin-jin itu menambah bagi mereka dosa dan kesalahan (6). Dan sesungguhnya mereka (jin) menyangka sebagaimana persangkaan kamu (orang-orang kafir Makkah), bahawa Allah sekali-sekali tidak akan membangkitkan seorang (rasul) (7).
Dan sesungguhnya kami telah memcuba mengetahui (rahsia) langit, maka kami mendapatinya penuh dengan penjagaan yang kuat dan panah-panah api, dan sesungguhnya kami dahulu dapat mendudukinya beberapa tempat di langit itu untuk mendengar-dengarkan (berita-beritanya) (8).
Tetapi sekarang barangsiapa yang (mencuba) mendengar-dengarkan (seperti itu) tentu akan menjumpai panah api ayng mengintai (untuk membakarnya) (9).
18.) Al-Ikhlas ( Surah 112 : Ayat 1-4 )
.1
.2
.3
.4
Dengan Nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.
Katakanlah: "Dialah Allah Yang Maha Esa. Allah adalah Tuhan yang bergantung kepada-Nya segala sesuatu. Dia tiada beranak dan tiada pula dilahirkan. Dan tidak ada seorangpun yang serupa dengan-Nya."
Dari Imam Bukhari, diriwayatkan daripada Abu Sa’id al-khudri; seseorang mendengar bacaan surah al-Ikhlas berulang-ulang di masjid. Pada keesokan paginya dia datang kepada Rasulullah s.a.w. dan sampaikan perkara itu kepadanya sebab dia menyangka bacaan itu tidak cukup dan lengkap. Rasulullah s.a.w berkata, “Demi tangan yang memegang nyawaku, surah itu seperti sepertiga al Quran!”
Dari Al-Muwatta', diriwayatkan oleh Abu Hurairah; Saya sedang berjalan dengan Rasulullah s.a.w, lalu baginda mendengar seseorang membaca surah al-Ikhlas. Baginda berkata, “Wajiblah.” Saya bertanya kepadanya, “Apa ya Rasulallah?” Baginda menjawab, “Syurga” (Wajiblah syurga bagi si pembaca itu).
19.) Al-Falaq ( Surah 113 : Ayat 1-5 )
.1
.2
.3
.4
.5
Dengan Nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.
Katakanlah: "Aku berlindung kepada Tuhan Yang Menguasai subuh, dari kejahatan makhluk-kNya, dan dari kejahatan malam apabila telah gelap-gelita dan dari kejahatan wanita-wanita tukang sihir yang menghembus pada buhul-buhul, dan dari kejahatan orang yang dengki apabila ia dengki."
Diriwayatkan daripada Aisyah r.a katanya: Rasulullah s.a.w biasanya apabila ada salah seorang anggota keluarga baginda yang sakit, baginda menyemburnya dengan membaca bacaan-bacaan. Sementara itu, ketika baginda menderita sakit yang menyebabkan baginda wafat, aku juga menyemburkan baginda dan mengusap baginda dengan tangan baginda sendiri, kerana tangan baginda tentu lebih banyak berkatnya daripada tanganku.
20.) An-Naas ( Surah 114 : Ayat 1-6 )
.1
.2
.3
.4
.5
.6
Dengan Nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.
Katakan: "Aku berlindung kepada Tuhan (yang memelihara dan menguasai) manusia. Raja manusia. Sembahan manusia. Dari kejahatan (bisikan) syaitan yang biasa bersembunyi, yang membisikan (kejahatan) ke dalam dada manusia, dari golongan jin dan manusia."
Dari Tirmidhi diriwayatkan daripada Abu Sa’id al-Khudri; Nabi Muhammad s.a.w selalu meminta perlindungan daripada kejahatan jin dan perbuatan hasad manusia. Apabila surah al-falaq dan an-nas turun, baginda ketepikan yang lain dan membaca ayat-ayat ini sahaja
Senin, 24 Mei 2010
Langganan:
Posting Komentar (Atom)

Tidak ada komentar:
Posting Komentar